jualan lelong duit syiling, jualan lelong duit syiling luar biasa

duit syiling purba, jualan lelong numismatik
    
Laman Utama HJB
peniaga numismatik, jualan lelong barangan antikPERIHAL HJB

Beli atau Bida Jualan Duit Syiling Purba

Beli atau Bida Jualan Barangan Antik

Duit Syiling Antik

Barangan Antik

Duit Syiling Amerika Syarikat

Duit Syiling Dunia

Lelongan Gemini

Pakar dan Kakitangan Kami
 

PERIHAL HARLAN J. BERK, LTD.

Terletak di tengah-tengah pusat kewangan Chicago, Harlan J. Berk, Ltd., telah menjadi peneraju global dalam numismatik klasik sejak 1964. Kami juga ada membuat jualan lelong duit syiling dan wang kertas Amerika Syarikat dan dunia, autograf dan barangan antik termasuk, hasil seni Timur Dekat, Mesir, Greek, Roman, Byzantine dan Asia.

Kakitangan Harlan J. Berk, Ltd. sama dengan kakitangan muzium atau fakulti universiti yang mempunyai pakar yang terkenal yang telah menerima banyak anugerah sasterawan atas berpuluh-puluh buku dan beratus-ratus artikel yang pernah mereka tulis. Manakala perpustakaan dengan 16,500 buah buku dan 100,000 fail kad yang meliputi setiap subjek penting jualan lelong duit syiling purba bagi empat puluh tahun ke belakang menjadi penyokong kakitangan ini. Kakitangan kami yang ramah dan mesra akan membantu anda dalam semua keperluan pengumpulan anda bukan dengan hanya membentuk koleksi anda tetapi juga mendidik anda pada masa yang sama. Kami menawarkan jaminan seumur hidup terhadap ketulenan. Sebagai pakar yang menjadi tempat mendapatkan rundingan oleh peminat industri ini, anda akan berasa yakin dengan semua pembelian anda. Anggaplah kami sebagai kurator peribadi anda.

Laman web kami amat meluas dalam segala subjek dengan beribu-ribu item ditambah setiap hari. Kami juga menawarkan duit syiling purba dan antik yang paling baik buatannya melalui katalog percuma kami yang dinamakan Buy or Bid Sale yang dihantar ke seluruh dunia enam kali setahun. Seseorang boleh terus membeli sesuatu item pada harga yang disenaraikan atau membida pada harga yang lebih rendah dan menunggu sehingga penutup untuk mencuba nasib bagi mendapatkan harga yang lebih murah. Katalog-katalog ini juga aktif sepenuhnya pada laman web kami, dengan imej-imej besar dan berwarna, e-mel automatik dan halaman peribadi pelanggan untuk menguruskan bukan hanya keperluan katalog anda, tetapi juga semua keperluan akaun anda.

Harlan dan kakitangannya juga menawarkan perwakilan lelongan di A.S. dan Eropah, yang termasuk penyelidikan harga dan keluarbiasaan pada caj yang sangat rendah.  Memandangkan kami mempunyai pelanggan di seluruh dunia, kami berpengalaman dalam menghantar item ke mana jua, oleh itu anda boleh berasa senang hati membuat tempahan dengan kami tidak kira di mana anda tinggal.

Kami juga aktif membeli koleksi dari seluruh dunia tanpa mengira saiz dan nilainya.  Kami akan bekerja rapat dengan anda untuk mendapatkan harga yang terbaik mungkin untuk anda. Oleh itu, hubungilah pejabat kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Harlan J. Berk, Ltd., Peneraju Dunia dalam Seni dan Sains Numismatik.

Kami menjemput anda untuk mengunjungi laman web kami untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang Numismatik Klasik. Apabila anda melawat laman web kami, semua isi kandungannya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, semua urusan surat-menyurat juga perlu dibuat dalam Bahasa Inggeris.

Sila klik di sini untuk melawat laman web kami!